Tuesday, October 27, 2015

Khasiat Vitamin E Yang Perlu Kita Tahu

Assalamualaikum. Harini kita tengok sikit pasal khasiat, kelebihan atau kebaikan Vitamin E Complex. Kenapa perlunya pengambilan Vitamin E dalam diet seharian? Berikut adalah kelebihan mengamalkan Vitamin E :-

  • Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan (vitamin awet muda).

  •  Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.

  • Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan.

  • Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.

  • Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.

  • pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

  • Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual

Kredit: Jejari Sikidal  
Vitamin e sangat berkhasiat untuk kesuburan wanita dan lelaki.
Sumber Vitamin E

Kekurangan dalam pengambilan vitamin E boleh menyebabkan pelbagai gangguan kesihatan seperti:

>> gangguan sistem pembiakan dan kemandulan
>> menurunnya fungsi sel darah merah
>> gangguan penglihatan seperti katarak
>> gangguan neurologi
>> kelainan fungsi otak, otot dan saraf tulang belakang
>> kelainan kulit


Kita boleh dapat vitamin e daripada sumber makanan seperti minyak zaitun, badam, sunflower seed, ataupun dengan senangnya melalui suplemen Vitamin-E (pastikan sumbernya semulajadi iaitu d-alpha-tocopherol).

LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger