Wednesday, April 8, 2015

Shaklee Effect Saya: Uthman Affan Mohd Fakhrul Hisyam

Shaklee Effect Saya - Uthman Affan Mohd Fakhrul Hisyam

Assalamualaikum. Ini lah Shaklee Effect saya, Uthman Affan Bin Mohd Fakhrul Hisyam. Alhamdulillah, dah masuk 4 bulan. Perkembangannya sangat memuaskan, Alhamdulillah syukur kepada Nya. Dilahirkan dengan berat 3.16kg, berat naik lebih kurang 1kg setiap bulan, dan berat pada 4 bulan nya 8.1kg.

Uthman Affan dapat khasiat yang cukup dari susu ibu. Kenapa saya cakap Shaklee Effect? Sebab saya sebagai ibunya dah consume Shaklee sejak sebelum mengandungkan dia. Alhamdulillah, tiada masalah yang membimbangkan. Dari mengandung, melahirkan dan menyusukan Uthman segalanya Allah permudahkan urusan. Saya jugak cergas dengan pengambilan supplement Shaklee. Uthman anak ketiga saya, saya boleh compare perbezaan dengan abang dan kakaknya. Dari segi pembesarannya dan dari segi tenaga saya juga berbeza sangat. Alhamdulillah. Allah bagi kemudahan untuk ibu yang punya anak ramai..ehehe.


Doa jugak komponen penting dalam nak dapatkan kemudahan. Tak henti-henti saya berdoa kepada Nya. Tanpa keizinanNya tak mungkin dapat segala kemudahan walau dengan semahal mana supplement yang kita ambil. Betul? Alhamdulillah, berkat doa dan ikhtiar dengan supplement Shaklee saya dapat bekalkan Uthman Affan dengan susu ibu sahaja. Stok susu ibu InShaAllah cukup untuknya. Bagi ibu-ibu yang rasa frust susu sedikit, frust tak dapat simpan susu, jangan mudah putus asa. Carilah orang boleh membantu. Kalau nak sembang-sembang dengan saya pun boleh. Saya seronok nak kongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang berminat nak menyusukan anak dengan susu ibu. Jangan risau, saya tak paksa beli produk Shaklee pun. Saya cuma nak bantu. Susu ibu banyak atau sikit bukan bergantung kepada supplement, tapi bergantung kepada keazaman ibu sendiri.

Jangan malu jangan segan contact saya..





LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger