Monday, December 22, 2014

Testimonial Anak Bebas Jaundice Dengan Alfalfa Complex Shaklee

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas pemberian yang tak ternilai untuk kami sekeluarga dengan rezeki yang tak putus-putus, dengan ketenangan, kebahagian dan kemudahan, dengan hadirnya orang ke tiga penyeri rumahtangga kami sekeluarga.


Hari ini sudah hari yang ke 16 melahirkan seorang Khalifah Allah yang kami beri nama Uthman Affan bin Mohd Fakhrul Hisyam. Baru hari ni saya berkesempatan untuk menulis, bukan kerana kekangan masa, cuma kerana kemalasan yang tiada ubatnya..ehehe..

Masih ingat tentang entry yang saya tulis berkenaan Cara Mudah Menurunkan Bacaan Jaundice Penyakit Kuning Pada Bayi Baru Lahir?? Saya amalkan pengambilan Alfalfa Complex sejak minggu ke 32 kehamilan. Ini kerana anak-anak sebelum ni memang ada jaundice. Anak pertama dilahirkan secara normal, tapi dengan bantuan vacuum. Anak kedua pula dilahirkan secara normal tapi dengan bantuan forcep. Kedua-dua alat bantuan ini meninggikan risiko terkena jaundice. Alhamdulillah, tahap jaundice yang masih boleh dikawal. Untuk anak yang ketiga ni, saya cuba pula dengan alfalfa semoga anak kali ni tak kena jaundice. Tapi, semuanya atas kehendak Nya Yang Maha Esa. Alhamdulillah, saya dapat bersalin normal tanpa alat bantuan. Akan tetapi, anak ketiga ni disahkan kekurangan enzim G6PD atau G6PD Deficiency hasil dari ujian darah. Selalunya baby dengan G6PD Deficiency lebih berisiko untuk kena prolong jaundice. Saya dah suami redha, kami tahu Allah aturkan sesuatu tu pasti ada hikmah Nya.

Ok, dipendekkan cerita, saya paste saja status dari FB yang saya upload beberapa hari lepas.

" Ujian darah selepas dilahirkan menunjukkan Uthman G6PD Deficiency atau kekurangan enzim G6PD. Hari ke 2 blk ke rumah, jururawat desa terus mai melawat dan dgn gaya yg mcemaskan, minta kami terus cek jaundice Uthman. Katanya, budak kurang G6PD ni mudah kena prolong jaundice. Ptg nya terus kami p cek, dah ada jaundice dgn bacaan 9.6 (164). Setiap hari kena cek. Hari ke 3, 8.8 (147.3). Hari ke 4, 11.2 (192). Hari ke 5, naik ke 15.6 (266) dah lebih limit dan perlu admit hospital. 12jam dibawah phototheraphy. Hari ke 6, turun 11.2. Alhamdulillah boleh blk, tp masih perlu repeat cek darah setiap hari.

Disebabkan ada certain herba menjadi alahan kepada bby G6PD def, ibu tak berani nak start consume Alfalfa. Hari ke 7, bacaan naik ke 11.9. Ibu dah start cuak, risau kalau naik lg. Kami mula mandikan dgn air kelapa seperti yg kami buat untuk 2 anak sblm ni. Esoknya hari ke 8, turun sikit 11.5. Malamnya, ibu nekad telan #Alfalfa 3bj, semoga ada perubahan. Uthman yg kuat ni, dia feeding memang baik, tak mcm anak2 sblm ni. Sblm2 ni, kalau anak2 kena jaundice, jenuh kena kejutkan utk feeding. Hari ke 9, jaundice turun ke 10.5. Alhamdulillah, byk perubahan. Tp masih kena dtg cek pd hari ke 11 sebab limit nya 10 ke bwh. Memandangkan masih ada 0.5, dinasihatkan utk repeat cek lg 2hari. Hari ke 11, Syukur Ya Allah, bacaan turun ke 8 (137.3). Alhamdulillah.. Nurse pun tkejut. Katanya jarang kes G6PD yang jaundice mudah turun mcm ni.

Kita hanya usaha, doa tanpa henti, segalanya kuasa Nya Yang Maha Penyembuh.

Sekadar pengalaman peribadi saya untuk anak yg ke 3."


Syukur sangat dengan perubahan positif yang Uthman Affan tunjukkan. Alhamdulillah, Dia Maha Mendengar setiap rintihan hati kami. Ramai ibu-ibu yang berpengalaman dengan anak yang didiagnose dengan G6PD Deficiency menyatakan yang anak-anak mereka diwarded paling kurang pun 4 hari dihospital. Alhamdulillah, Uthman Affan hanya dirawat dibawah lampu fototheraphy tu 12 jam sahaja. Apa pun, segala nya ketentuan Nya Yang Maha Esa, Kita hambaNya jangan pernah jemu berdoa, berusaha dan bertawakal kepada Nya. Wallahualam...





LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger