Sunday, November 9, 2014

Tips Serta Petua Mudah Bersalin dan Set Berpantang Shaklee

Tips dan Petua Mudah Bersalin

Ibu-ibu mengandung yang dah memasuki penghujung kehamilan atau trimester terakhir pasti sedang mencari-cari Tips Serta Petua Mudah Bersalin atau Petua Mudah Bersalin, Doa Mudah Bersalin dan Set Bersalin Yang Digilai Ramai. Tidak dinafikan, semuanya sudah mula merasa panik dan gerun memikirkan kesakitan yang bakal dirasai tidak lama lagi. Hal ini bukan hanya dirasai oleh ibu-ibu baru yang pertama kali akan melahirkan anak, malahan ibu-ibu mengandung yang kedua, ketiga dan seterusnya tetap merasai hal yang sama. Mana tidaknya, setiap pengalaman pastinya berbeza kan? 

ibu mengandung bayi baru lahir newborn baby set bersalin moden
Kelahiran Permata Hati Yang Dinanti
  
Saya yang sedang menantikan kelahiran yang ketiga pun tidak terlepas dari dihantui kerisauan ini. Walaupun dah dua kali melalui pengalaman bersalin, masih juga rasa resah gelisah memikirkan kesakitan ketika kontraksi untuk melahirkan baby. Jadi, seperti sebelumnya saya akan Google info yang patut sebagai persediaan mental dan fizikal untuk kelahiran yang dinantikan ini. Kebetulan pulak, ramai ibu-ibu yang tak lokek ilmu menceritakan pengalaman mereka mereka melahirkan bayi dengan cara yang mudah dan selamat. Dalam banyak-banyak pengalaman yang dikongsikan oleh ibu-ibu hebat diluar sana, saya tertarik dengan satu perkongsian ibu hebat yang juga salah seorang SID Shaklee, Kak Sithy Harjieah. Alhamdulillah diketemukan dengan perkongsian bermanfaat yang rasanya selari dengan naluri saya sendiri. Semoga perkongsian beliau tentang Tips Mudahkan Proses Bersalin Tanpa Air Selusuh ( Kelahiran Ini Paling Mudah bagi Saya) mampu memberi manfaat untuk saya dan kita semua.


Petua Dihujung Kehamilan Yang Boleh Diamalkan Bagi Memudahkan Proses Bersalin.

Lakukan Apa Allah Suka, Tinggal Apa Allah Larang
Setiap sesuatu berlaku adalah aturan Allah. Nak bersalin pun, Allah yang aturkan. Jadi yang hanya akan membantu di kala kita melahirkan adalah Allah. Maka, dengan menjaga Allah, Allah akan menjaga kita. 

Amalkan apa yang Allah suka. Ini yang saya amalkan sepanjang tempoh kehamilan dan dilakukan setiap hari sebulan sebelum bersalin.
#1 Istighfar, Selawat, Doa Nabi Yunus, Lailahaillallah - 100x setiap pagi dan petang
#2 Membaca Al-Quran (anda boleh niat dan cuba untuk habiskan 30 juz sepanjang tempoh kehamilan)
#3 Membaca Surah Yassin setiap pagi
#4 Solat Tahajud
#5 Solat Dhuha

Mohon Dipermudahkan Segala Urusan Di Hari Bersalin
Ini antara yang terpenting. Berdoalah kepada Allah agar segala urusan kita dipermudahkan. Urusan ni bukan hanya urusan kita di dalam bilik bersalin. Urusan ini bermula dari sebelum kita ke hospital lagi. Nak tinggal anak kat siapa, husband sempat ke balik rumah bawak kita ke hospital, jalan jem ke tidak, semua itu adalah urusan yang kadang-kadang kita fikir remeh. 

Ini apa yang dikongsikan oleh Kak Sithy Harjieah. Sebagai tambahan dari saya, doa adalah hal yang paling utama. Tiada siapa pun yang mampu bantu kita tanpa pertolongan Dia Yang Maha Berkuasa, Allah Taala. Jadi, memang amat penting untuk sujud mengadu, merayu, meminta-minta hanya pada Nya. Suami, ibu ayah, ibu ayah mertua, doktor, jururawat, orang sekeliling tak mampu bantu kita tanpa redha Dia Yang Esa. Mohon kekuatan dari Nya supaya urusan kita dipermudahkan melalui orang-orang yang kita sayang. Antara zikir yang kita boleh amalkan untuk segala kemudahan urusan, boleh juga kita amalkan Zikir "Ya Razzak". Alhamdulillah, sejak amalkan zikir ni hati semakin tenang, segala urusan berjalan lancar, semua atas izinNya.

Selain petua yang dikongsikan ini, boleh kita rujuk Petua Serta Doa Memudahkan Proses Bersalin yang pernah saya kongsikan disini. 

Set Berpantang Shaklee

Bagi ibu-ibu mengandung yang sedang buntu memikirkan set bersalin atau set berpantang yang sesuai untuk semua orang, saya syorkan Set Mengandung Shaklee, Set Berpantang Shaklee & Set Menyusu Shaklee yang sememangnya sudah terkenal sejak akhir-akhir ini. Kenapa saya syorkan set ini? Sebab saya sendiri telah menggunakan sejak 4 tahun yang lalu. Alhamdulillah, kalau tak yakin saya tak akan cadangkan kepada umum. 




Jika masih teragak-agak nak mencuba, boleh hubungi saya untuk konsultasi percuma. Dapatkan konsultasi terlebih dahulu sebelum anda membeli. In Sha Allah bermanfaat untuk anda & bayi.


shaklee independant distributor utara jitra changlun perlis

LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger