Thursday, October 30, 2014

Petua Mudah Bersalin, Doa Mudah Bersalin dan Set Bersalin Yang Digilai Ramai

Petua Mudah Bersalin, Doa Mudah Bersalin dan Set Bersalin Yang Digilai Ramai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ibu-ibu mengandung yang pastinya sedang mencari-cari info tentang Petua Mudah Bersalin, Doa Mudah Bersalin dan Set Bersalin Yang Digilai Ramai. Saya pun termasuklah dalam golongan ibu-ibu itu walaupun ini adalah untuk kelahiran yang ketiga. Walau sebanyak mana pun pengalaman bersalin, rasanya tidak ada satu pun yang sama. Betul kan? Bersempena saya pun sedang mencari-cari maklumat yang sama, suka untuk saya kongsikan disini dengan ibu-ibu hebat semua. Semoga segala usaha kita mendapat bantuan Yang Maha Berkuasa, Dia Yang Satu..aamiin.

petua mudah bersalin normal
Indahnya saat dapat lihat situasi ni

Petua Mudah Bersalin

Semua ibu-ibu nak bersalin mudah kan? Mana ada yang nak yang menyusahkan. Disini saya kongsikan pengalaman seorang ibu yang berkongsi ilmu tentang petua mudah bersalin yang beliau amalkan sejak mengandung untuk tatapan kita semua. Semoga kita yang baca ni dapatlah praktikkan mana yang patut. Saya pun petik info mana yang saya juga amalkan. Walaupun tak semua orang sama penerimaannya, sekurang-kurangnya dapat membantu urusan kita dipermudahkanNya.

1. Amalkan Bacaan Surah Maryam

Semasa mengandung, saya tidak pernah miss baca surah Maryam. Paling kurang sekali dalam sehari.
Surah ni sesuai diamalkan dengan tujuan supaya mudah bersalin. Semasa sampai dekat ayat sujud tilawah tu, memang saya akan sujud. Setiap kali dalam sujud, saya akan berdoa supaya dipermudahkan bersalin.

2. Khatam Al-Quran Sepanjang Hamil

Sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan, saya akan pastikan saya khatam Al-Quran sekali.
Tidak perlu terlalu memilih surah, baca kesemua pun lebih baik lagi, pahala pun lebih, mudah-mudahan dipermudahkan oleh-Nya.

3. Jaga pemakanan

Saya tidak sesekali makan makanan yang ada MSG, makanan ringan, organ dalaman termasuk hati dan paru-paru, walaupun di luar kehamilan.
Ada pendapat mengatakan makan hati baik untuk ibu hamil, tapi bagi saya tidak. Ibu boleh rujuk kajian tentang pertembungan sains dengan agama untuk penerangan lebih terperinci.
Sebarang jenis pil seperti ubat tahan muntah & paracetamol juga saya elakkan sama sekali. Kalau boleh tak nak ada sebarang jenis dadah di dalam tubuh kita dan tubuh bayi dalam kandungan.

4. Amalan Doa & Selusuh

Saya amalkan doa mudah bersalin apabila kandungan sudah masuk 7 bulan, di samping mengamalkan minum minyak selusuh dan sapu di perut dari atas ke bawah, bertujuan memudahkan bayi meluncur keluar.
Kata orang-orang tua, paling baik minyak selusuh itu suami yang buatkan. Tapi saya cuma dapatkan minyak selusuh moden dari minyak kelapa dara keluaran Tropika.

5. Kerap Bersama Suami

Saya kerap bersama suami (bersetubuh) pada saat akhir menanti kelahiran. Mengikut petua orang-orang terdahulu, ini merupakan selusuh yang paling original. Jika mengikut pendapat sesetengah pengamal perubatan pula, air mani merembeskan suatu hormon yang boleh menyebabkan kontraksi. Dengan kata lain, terdapat risiko keguguran bagi hubungan seks di awal kehamilan, kerana air mani bertindak ‘membuka’ rahim secara semulajadi, yang kemudiannya menggugurkan kandungan jika rahim tidak cukup kuat ‘memegang’ kandungan. Namun begitu, tidak semua pengamal perubatan bersetuju dengan pendapat air mani penyebab kontraksi ini. Ada juga yang pengamal perubatan yang menafikannya. Maka terpulang kepada individu untuk mengikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai.

6. Elakkan Terlalu Berehat

Saya selalu duduk itik masa buat kerja-kerja rumah, seperti kemas mainan anak-anak.
Saya juga membanyakkan berjalan semasa minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.

7. Pemakanan Sunnah

Saya mengamalkan kurma, kismis, madu dan habbatus sauda sepanjang kehamilan.
Amalan ini dipercayai dapat mengelakkan bayi jaundice, selain memudahkan proses bersalin.

8. Berendam Sebelum Ke Hospital

Sebelum ke hospital, saya terlebih dahulu berendam air suam, untuk mempercepat proses bersalin.
Tak semestinya perlu ada bathtub, kolam renang kanak-kanak pun sudah memadai.

9. Pastikan Tenaga Mencukupi

Saya akan pastikan tenaga saya mencukupi sebelum masuk labour room. Saya makan secukupnya bagi mengelakkan letih dan lapar sewaktu bersalin.

Doa Mudah Bersalin

Berkaitan doa mudah bersalin pula, kebanyakkan kita akan amalkan doa Nabi Yunus. Doa paling ringkas untuk dihafal dan paling mudah untuk kita baca disaat menghadapi detik-detik cemas dalam labour room.

doa nabi yunus doa semasa detik cemas dalam labour room membantu diwaktu susah
Doa Nabi Yunus
doa mudah bersalin doa selepas bersalin doa di dalam labour room
Doa Mudah Bersalin

Set Bersalin Yang Digilai Ramai Pastinya Set Bersalin Shaklee

Pengalaman dan testimonial saya sendiri menggunakan Set Bersalin Moden Shaklee, alhamdulillah sangat membantu dalam memberi tenaga, mengelakkan stress semasa dalam pantang, mampu memberikan badan menghasilkan susu badan yang mencukupi untuk keperluan anak kecil. In Sha Allah boleh membantu ibu-ibu kekal cergas walaupun dalam pantang. Bagi yang sedang hamil, perlulah menjaga pemakan sejak dari awal mengandung untuk kesihatan bayi dan ibu itu sendiri.

doa mudah bersalin kekal cergas dalam pantang

set menyusu shaklee set berpantang shaklee doa mudah bersalin

Apa Suami Boleh Bantu Semasa Isteri Sakit Bersalin?

Tambahan kepada maklumat diatas, selain dari petua-petua memudahkan proses kelahiran, pastinya ibu-ibu inginkan belaian, pertolongan  bantuan dan semangat dari suami tersayang. Waktu isteri sedang merasai kontraksi, jangan lah pulak tidur...ehehe..bantulah isteri. Bagi urutan pada badannya untuk meredakan sedikit kesakitan yang dirasai.

Jangan tidur ya encik suami..ehehe

Dikala isteri sedang confuse dengan apa yang dirasainya, berilah sokongan semampu mungkin kepadanya. Ingatlah yang dia sedang berjuang untuk melahirkan zuriat anda. :)


Betul ka contraction ni??

Sokongan semasa dalam labour room sangat-sangat lah diperlukan oleh si isteri. Urutlah, sokonglah, berikan dia semangat untuk terus berjuang. Sangat berbeza keadaan bila ada suami dengan tiada. Sakit tetap sama, tetapi sekurang-kurangnya dapat hilangkan keresahannya yang bertarung nyawa tu. Ajari isteri doa-doa untuk memudahkan proses bersalin.

isteri sedang cemas dalam labour room mudahkan bersalin
Sokongan padu suami amat diperlukan isteri ketika dalam labour room



Semoga maklumat yang dikongsi disini dapat memberi manfaat untuk kita semua. Jom kongsikan dengan ibu-ibu hebat diluar sana yang memerlukan. Juga untuk suami :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger