Tuesday, October 28, 2014

Cara Mudah Menurunkan Bacaan Jaundice Penyakit Kuning Pada Bayi Baru Lahir

Cara Mudah Menurunkan Bacaan Jaundice Penyakit Kuning Pada Bayi Baru Lahir.

Jaundice atau secara bahasa pasar di sebut penyakit kuning dikalangan orang kita sudah menjadi kebiasaan bagi bayi yang baru dilahirkan. Memang ada bayi baru lahir yang tidak ada penyakit kuning ini, cuma jumlahnya agak sedikit dibandingkan dengan yang ada. Sesetengah orang merasakan hal ini normal, tetapi jika tidak diberikan rawatan boleh mengundang bahaya dan ada yang boleh membawa maut jika tahap bacaan jaundice terlalu tinggi.

Hal ini menjadi kerisauan ibubapa terutama yang pertama kali menimang cahaya mata. Semampu mungkin ibubapa akan cari penawar-penawar yang mampu untuk menurunkan tahan bacaan jaundice anak kecik yang baru menjengah dunia ini.

Hari ini terdetik untuk tulis pasal jaundice selepas baca topik ni di blog Diary of Muhammad. Perkongsian menarik dari penulisnya Khadeejah Hasmad yang bagi saya sangat berguna untuk saya yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata yang ke 3 dan perlu dikongsikan kepada ibu-ibu dan bapa-bapa diluar sana.

Sebelum kita pergi terus kepada cara rawatan, apa kata kita kenal terlebih dahulu apa itu Jaundice atau penyakit demam kuning.

merawat jaundice demam kuning pada bayi baru lahir
Rawatan bagi jaundice bayi baru lahir

Apa itu Jaundice atau Penyakit Demam Kuning?

Jaundice atau Penyakit Demam Kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.

Jaundice atau penyakit demam kuning ini berlaku disebabkan billirubin terlalu banyak. Billirubin adalah toksik yang terhasil dari sel darah merah yang kehilangan oksigen. Ia berwarna kuning atau oren. Senang cerita camni, sel darah merah mengangkut oksigen ke setiap bahagian badan kita. Setiap sel dalam badan kita termasuk sel darah merah akan mati dalam masa beberapa hari. Sel darah merah ni akan sampai waktu, dia akan mati bila oksigen dah takde dalam sel tu. Sel ini akan jadi billirubin.

Sepatutnya billirubin ni akan pergi ke organ hati. Hati akan proses billirubin ni. Kemudian billirubin yang di proses akan dibuang sebagai najis atau air kencing. Najis baby yang warna gelap adalah sebab ianya mempunyai kandungan billirubin. Maksudnya, hati baby tu berfungsi dengan baik lah. Orang dewasa pun sama, kan najis kita warna gelap, tu sebab billirubin lah tu.

Untuk kes baby kena jaundice, semasa dalam rahim ibu, billirubin baby dimusnahkan oleh hati ibu. Jadi, hal ini tak menjadi masalah. Tetapi selepas dilahirkan, hati baby terpaksa musnahkan billirubin ini dengan sendiri. Masalahnya ada baby hati dia tak berapa matang atau tak berapa kuat, jadi hati tu tak dapat nak proses sendiri billirubin dia. Maka terjadi lah masalah terlalu tinggi bacaan jaundice. Ini juga menjadi masalah utama kepada bayi pra- matang, hati bayi pra-matang adalah belum betul- betul matang. Sebab tu pre-mature baby kebanyakannya akan kena jaundice.

Bayi kelihatan kekuningan jika ada jaundice demam kuning selepas lahir
Bayi Jaundice kelihatan kekuningan

Rawatan Biasa bagi Demam Kuning atau Jaundice Yang Saya Sendiri Amalkan


Seperti ibu-ibu lain diluar sana, saya juga tak terlepas dengan masalah ini untuk dua kelahiran yang lepas. Syukur Alhamdulillah, tahap jaundice anak-anak saya tak terlalu tinggi sehingga perlu warded kerana berat badan melebihi 3.0 kilogram. Macam-macam cara mengatasi jaundice atau demam kuning yang saya amalkan sejak mengandung atas nasihat kawan-kawan. Salah satunya amalkan makan sengkuang china. Saya amal sejak kehamilan berusia 8 bulan untuk anak pertama.

Hari ke 4 dilahirkan, jaundice agak tinggi, dengan bacaan 14. Suami panik, dia minta saya ikut petua-petua orang supaya bagi baby minum air sengkuang china. Dalam terpaksa, saya ikut kehendak dia. Esokkan bacaan jaundice naik 15. Saya stress. Selepas itu, macam-macam jugak yang kami cuba, mandikan dengan air rendaman buah keranda, lekatkan hirisan aloe vera pada dahi, dalam masa yang sama saya teruskan bagi susu badan untuk baby. Dalam mencuba bermacam-macam petua ni, saya tetap Google cara-cara lain jugak. Saya tertarik dengan satu petua yang dikongsikan orang seorang penulis - ibu minum air Glukose suam, dan teruskan menyusu anak dengan susu badan. Alhamdulillah, cara ni serasi untuk saya dan anak kecil ni. Bacaan jaundicenya menurun selepas saya amalkan petua ni. Untuk kelahiran yang kedua pun saya guna cara ni, Alhamdulillah bacaan menurun hari demi hari walaupun jaundice tetap ada selepas dilahirkan.

Akan tetapi, tak semua petua serasi dengan kita. Setiap badan kita tak sama, jadi boleh lah pilih cara-cara yang sesuai dan tak memudaratkan ibu-ibu dan juga bayi. Boleh jugak cuba 6 Cara Mengatasi Bayi Demam Kuning Serta Petua-Petua yang sesuai dan mudah.


Untuk kelahiran yang ketiga ni, saya harap dapat elakkan terus dari terkena jaundice. Selepas pembacaan, saya dapat info dari blog Diary of Muhammad yang menyatakan Alfalfa Complex mampu mengatasi masalah ini.

alfalfa complex membantu dalam menurunkan bacaan jaundice bayi baru lahir
Alfalfa Complex Shaklee

Bagaimana Alfalfa membantu?

Alfalfa bagus untuk kesihatan hati. Ia menguatkan hati ibu dan hati baby. Kalau diambil di hujung kehamilan, In Sha Allah ia membantu kuatkan hati baby. Jadi, bila baby dilahirkan nanti, hati baby tu dapat proses sendiri billirubin di dalam badannya. Untuk ibu yang tak ambil Alfalfa semasa hamil, dan baby kuning, ibu tersebut disarankan untuk menyusukan anak dan ibu ambil Alfalfa. Alfalfa yang disalurkan melalui susu ibu ni akan bantu  kuatkan hati baby tadi, dan seterusnya hati yang kuat dapat musnahkan billirubin yang banyak.

Semoga dengan amalan pengambilan Alfalfa Complex dihujung kehamilan ni mampu membantu dalam mengelakkan jaundice bagi bayi yang bakal dilahirkan ini. Kita hanya berusaha, berdoa, selebihnya Allah Yang Maha Menyembuhkan.

Alfalfa Complex sememangnya sangat sesuai untuk ibu-ibu selepas bersalin. Iyalah, banyak kebaikkan raja herba ni. Antaranya:-

# Mengurangkan paras kolestrol dalam darah
# Mencuci saluran darah
# Menguatkan otot vagina (ala-ala kacip fatimah)
# Merawat sakit sendi
# Mengawal berat badan
# Penggalakkan penghasilan susu badan (milk booster)
# Kecantikkan

Milkbooster detox merawat jaundice pada bayi baru lahir menurunkan paras kolestrol dalam darah
Fungsi-Fungsi Alfalfa Complex

LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger