Wednesday, August 13, 2014

Letih Bekerja Seharian? Malas? Apa Ubatnya??



Assalamualaikum...
Dah lama sebenarnya nak kongsikan tentang ni, tapi baru hari ni dapat idea nak menulis selepas baca apa yang di kongsikan di blog Kamal Mustafa.

Dan secara kebetulan pulak kak Salina ada share di FB nya tentang kepenatan ibu-ibu bekerja harini.
Sebelum ni hanya kongsi secara lisan kepada kawan-kawan yang bertanya macam mana saya masih bertenaga dengan kerja, dengan handle anak-anak, sekarang 6 bulan pregnant, dengan macam2 la (macam la bertenaga sangat & macamlah bagus sgt kaan..ehehe). Hal ni bukan tertakluk kepada ibu-ibu bekerja saja ya. Bagi saya, ibu-ibu suri rumah tu lagi la letih nak hadap kerja 24/7 yang tak habis-habis.

Disini saya sekadar ingin berkongsi apa yang saya amalkan selama ini yang bagi saya sangat mustajab dan patut diamalkan oleh kita semua. Dalam kepala sesetengah orang mesti akan cakap, "tu mesti nak promote Shaklee la tu, dah nama pun Shaklee Independent Distributor kaaan" ..ehehe..sila jangan buruk sangka, jom kita baca sampai habis ya. Tenaga & kekuatan yang saya maksudkan bukan terletak pada supplement yang saya ambil, atau pemakanan yang saya amalkan, tapi terletak pada doa & zikir yang sangat-sangat dianjurkan kita semua untuk amalkan. Doa & zikir saja? Iya, kekuatan kita ni pemberian dari Yang Maha Esa. Mintalah dari Nya apa saja yang kita hajati. Apa-apa saja, kekuatan, keyakinan, kekayaan, kemakmuran, kesihatan, semua milik Nya Yang Maha Berkuasa atas setiap yang ada dilangit & dibumi.

Sebelum ni saya selalu keletihan, sejak melahirkan anak sulung 4 tahun lepas. Letih tahap apa pun tak tau nak cakap. Balik keja, terus collapse macam la keja kat sawah padi. huhuhu...sehinggalah saya bertemu dengan Shaklee. Sejak amalkan Shaklee saya dapat rasa banyak perubahan. Badan lebih bertenaga, balik rumah masih boleh sambung buat kerja. Tapi, masih tak mampu nak memasak untuk keluarga. Waktu tu saya hanya bergantung kepada supplement.

Ada satu ketika, kawan share status di FB tentang zikir Siti Fatimah. Katanya zikir ni sangat mustajab. Saya pun terus la cari info. Tapi masa tu kurang keyakinan, kurang istiqomah. Saya tak dapat rasa pun hasilnya. Lepas tu ada rakan-rakan lain di FB yang secara kebetulan berkongsi tentang hal yang sama sehingga ada yang mention "kalau amal zikir ni, jangan terkejut kalau ada certain kerja rumah yang dah settle tanpa kita ketahui siapa yang buat, seolah-olah kita miliki khadam". Terkejut saya baca ni. Tapi memang betul. Kalau kita betul-betul istiqomah, memang kita akan dapat kekuatan yang luar biasa. Maksudnya bukanlah sampai boleh angkat peti sejuk dengan sebelah tangan, tapi kekuatan untuk kita uruskan hal rumahtangga dengan sistematik dan tak terlalu letih.

Macam mana nak amalkan? Digalakkan baca zikir ni sebelum tidur seperti yang dikongsikan oleh pemilik blog ni. Baca Subhana llah  33 kali, Alhamdulilah  33 kali, Allah hu Akbar 33 kalisebelum tidur. Bila saya bagitau kawan-kawan yang bertanya, kata mereka macam susah nak amalkan sebelum tidur. Saya faham, sebagai ibu selalunya bila letak ja kepala atas bantal, tak sempat baca doa dah hanyut. Saya ibu, saya pun macam tu jugak..ehehe.. Ada cara lain. Kalau kita tak mampu buat sebelum tidur, amalkan selepas solat fardhu. Memang dianjurkan begitu kan? Kalau kita solat jemaah, imam akan baca zikir ni 33 kali sebelum baca doa selepas solat. In Sha Allah kita akan dapat rasa kesannya.

Oklah, saya kongsikan tentang sejarah dianjurkan zikir ni. Zikir ni diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada puteri kesayangan baginda, Siti Fatimah. jom kita baca...

____________________________________________________________________________


Fatimah RA, Wanita Terkemuka Di Dunia.

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda.
Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah.Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.
Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali, “Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia.” (Hadis Riwayat Abu Hurairah)
Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Saidina Usman Ibnu Affan, Saidina Ali meminang Fatimah RA sebagai isterinya dan memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah SWT.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan kerja rumah. Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. “Terima kasih suamiku,” bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri. Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Rasulullah (SAW) Ajar Anaknya Fatimah (RA) Zikir Elak Penat Badan.

Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, “Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?”
“Tentu sekali ya Rasulullah,” jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah SAW bersabda :
“Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanallah’ sepuluh kali, ‘Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahu Akbar’ sepuluh kali.
Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’ ini sebanyak tiga puluh tiga kali.”
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.
Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya.

Psst : Ibu-ibu, suri rumah dan orang lelaki juga yang ingin menambah tenaga, kekuatan dan elak penat badan elok amalkan Zikir Fatimah nie.



LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger