Wednesday, July 9, 2014

Tolonglah Sama-Sama Doakan Gaza



Allahurabbi...harini penuh newsfeed Facebook dengan berita tentang Gaza. Tak mampu langsung nak baca apatah lagi nak tengok video yang dikongsikan untuk tontonan semua. Bukan hati ni takda belas kasihan, tapi tak mampu tengok penderitaan mereka semua. Ya Allah, berat sangat ujian untuk mereka disana. Semoga mereka semua diberi kekuatan & bantuan. Apa yang kita disini mampu buat? Doa, doa & doa. Hulurkan jugak sumbangan kepada mereka. Sumbangan berbentuk wang ringgit boleh kita salurkan ke detail di bawah ni.

"Atas rasa tanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta..ayuh Malaysia dan seluruh dunia..salurkan bantuan utk saudara saudara kita di sana..

BANK ISLAM: 12029010047880
MAYBANK: 562263010787
CIMB: 8600460353
BANK MUAMALAT: 12070005133717
RHB BANK: 21245760004907
BANK RAKYAT: 220806195922

Akaun Bank atas nama: AMAN PALESTIN BERHAD"

Apa lagi kita boleh buat? BOIKOT!!!!

"Tahukah anda?

Israeli Apartheid Week | Episod 5 | Boikot Jika Anda Serius!

Mari kita periksa kejujuran kita dalam usaha membebaskan Palestin.

Kita semua maklum bahawa Palestin adalah tanah yang sehingga kini menjadi rebutan 2 pihak yang bertelagah - Arab Palestin dan Yahudi Israel. Ia telah berlanjutan sejak dari awal tertubuhnya Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) (1987) yang memasang impian untuk memiliki sebuah negara bernama Israel. Lalu kezaliman demi kezaliman terjelma - Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, Holocaust, an-Nakbah, an-Naksah, tragedi Sabra Shatilla, Operasi Cast Lead (Marakat Furqan), Operasi Pillars of Cloud (Hijaratus Sijjil) dan seumpamanya. Semua ini tercatat dalam lembaran sejarah. Dan semua ini membuatkan kita benci dan marah kepada rejim Zionis Israel.

Namun, amarah dan benci tidak pernah mampu membawa kita pergi lebih jauh. Sejarah membuktikan kepada kita bagaimana Baitul Makdis (Jerusalem) dibebaskan oleh Saidina Umar al-Khattab pada 638 M dan Salahuddin al-Ayyubi pada 1187 M bukan berdasarkan perasaan benci dan marah tetapi atas tanggungjawab sebagai pemimpin dunia untuk membebaskan tanah suci ini daripada kezaliman. Bumi Baitul Makdis dibebaskan agar keadilan kembali tertegak dan umat manusia kembali menikmati keharmonian dan kesejahteraan hidup.

Justeru, perjuangan membebaskan Palestin daripada kezaliman Israel hari ini perlu berlandaskan prinsip keadilan. Dan perjuangan ini perlu disusun dengan strategi dan bukannya dilakukan sambil lewa. Ia perlu dipimpin dengan ilmu pengetahuan dan bukannya emosi. Ia perlu memanfaat pelbagai cara dan penggemblengan tenaga. Umat Islam zaman Salahuddin al-Ayyubi mengambil masa 88 tahun untuk membebaskan Baitul Makdis. Dengan kata lain, kemenangan tidak hadir dengan serta-merta.

***
Pelbagai cara telah digunakan oleh umat Islam untuk meruntuhkan agenda Zionis. Banyak siri perang Arab-Israel telah dilalui tetapi tidak berhasil. Malah, jihad telah dipandang sepi banyak pihak kecuali beberapa kumpulan pejuang Palestin terutamanya HAMAS. Pelbagai Resolusi PBB telah dikeluarkan sejak tahun 1947, namun ia gagal membuahkan hasil yang diinginkan. Dan di sepanjang tempoh kegagalan ini negara haram Israel telah terus berkembang hingga kini menjadi hub-teknologi.

Mungkinkah Zionis Israel ditumbangkan? Mereka kini berada hampir di mana-mana. Sehinggakan apabila ada pihak menganjurkan kempen boikot produk Israel dan syarikat-syarikat yang menjadi penyumbang utama kepada kelestarian negara haram Israel, senarai produk dan syarikat yang perlu diboikot terlalu PANJANG! Kita tewas seawal pandangan pertama.

Ramai pihak memandang kecil kesan boikot. Tak kurang juga segelintir yang mengatakan bahawa ia adalah usaha yang sia-sia. Mustahil kita dapat memboikot semua produk yang mempunyai kaitan dengan Israel!

Jika begitu pandangan umum, wajarlah untuk kita katakan bahawa boikot adalah untuk mereka yang benar-benar SERIUS memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Mereka memboikot selepas langkah ketenteraan dan politik/diplomatik jelas belum membuahkan hasil. Mereka memboikot untuk mewujudkan satu lagi inisiatif dan front dalam usaha pembebasan Palestin. Mereka memboikot kerana itulah seringan-ringan usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat awam dengan memanfaatkan kuasa pengguna (konsumer).

Sama ada kita sedar atau tidak, boikot pernah menumbangkan rejim Apartheid Afrika Selatan yang menyaksikan Nelson Mandela muncul sebagai hero antarabangsa. Tidak mustahil langkah ini sekali lagi mampu menumbangkan rejim Zionis Israel. Malah, mutakahir ini menunjukkan boikot semakin mendapat tempat di kalangan pencinta keadilan. Kita dapat menyaksikan semakin banyak pemimpin, tokoh, pakar akademik, atlet dan artis menyambut seruan ini. Lalu, apa yang membuatkan kita ragu-ragu?

Ya, barangkali senarai boikot yang panjang membuatkan kita ragu-ragu.

Jika itu yang merunsingkan kita, bagaimana jika kita mulakan dengan senarai yang lebih pendek?

Kita bina senarai kita sendiri (daripada senarai sedia ada) dan kita tambah sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa. Kita fokus pada beberapa produk yang mudah sebelum kita bergerak kepada produk yang lebih berat untuk diboikot. Kita fokus pada produk yang mempunyai banyak alternatif lain di luar sana berbanding produk yang ketandusan alternatif.

Kerana hakikatnya, beramal mengikut kemampuan lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.

Justeru, ayuh kita memperkasakan kempen boikot produk-produk Israel dan produk-produk syarikat yang jelas menyumbang kepada kelestarian Israel sebagai satu lagi inisiatif dan front kita dalam usaha pembebasan Palestin. Ayuh kita boikot kerana kita cintakan keadilan dan bukannya kerana perasaan benci dan marah semata-mata.

Oh ya, produk mana yang Aqsa Syarif syorkan untuk diboikot?

Jika anda ingin sertai kempen kami, boikotlah 4 produk ini: McDonald, Coca Cola, L’oreal dan Nestle. Keempat-empat syarikat/jenama ini disahkan menjadi antara penyumbang tegar kepada Israel. Kami memilih 4 syarikat/jenama ini kerana kita mempunyai alternatif yang banyak di luar sana. Malah, 4 jenama ini juga mempunyai kadar kesukaran memboikotnya yang berbeza-berbeza.

Ya, kami akui jenama Nestle lebih sukar untuk diboikot kerana kepelbagaian produknya (Milo, Nescafe, Nestea, Coffee-mate, Maggie, Wonka, Kit-Kat, Smarties dll). Tapi, bukankah boikot untuk mereka yang SERIUS?

[KJ]

#apartheidweek #solidaritipalestin "
Sumber: Aqsa Syarif 

LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger