Friday, July 4, 2014

Set Ramadhan Shaklee - Kekal Bertenaga


Assalamualaikum. Sudah hampir seminggu kita berpuasa. Macam mana performance kita? Tenaga kita, ibadah kita? Diharapkan semuanya berjalan lancar. Untuk orang biasa yang tidak ada masalah kesihatan, mungkin tak ada masalah dalam bulan penuh berkat ini. Tapi, bagaimana dengan kanak-kanak yang baru mula belajar berpuasa, ibu-ibu yang menyusukan anak kecil, ibu/bakal ibu yang sedang mengandung, yang mempunyai penyakit kebiasaan seperti gastrik pasti agak susah untuk berpuasa jika apa yang kita makan di waktu sahur tak dapat disimpan lama didalam badan.

Untuk ibu-ibu menyusu yang risau susu merudum, bakal ibu yang risau anak yang dikandung tak cukup zat, pesakit gastrik yang risau gastrik menyerang, saya ada beberapa tips yang saya sendiri amalkan semasa mengandungkan anak kedua, 2 tahun lepas & pengalaman berpuasa serta menyusukan anak pertama pada 3 tahun lepas.

  • Amalkan makan kurma kerana kurma sangat-sangat berkhasiat untuk ibu & bayi serta sesiapa sahaja. Kurma ni makanan sunnah, jadi memang elok sangat diamalkan. Ibu mengandung kalau amalkan makan kurma, In Sha Allah kulit anak memang cantik.
  • Minum air secukupnya, minum secara sikit-sikit bagi mengelakkan terhidrat.
  • Wajib bangun sahur. Bersahur dengan protein mampu mengekalkan tenaga didalam badan. Kurangkan makanan berlemak kerana lemak cepat menghilangkan tenaga dalam badan. Contoh protein - oat, nasi, ikan, daging, dll.
Ini antara tips biasa. Nak yang lebih baik dan cukup khasiat, boleh dapatkan set supplement dari Shaklee. Alhamdulillah, dah 4 tahun saya amalkan Shaklee, sangat-sangat berbaloi & membantu saya kekal bertenaga terutamanya ketika bulan puasa Ramadhan. Untuk sahur, saya mesti wajibkan diri makan nasi. Sebagai tambahan, saya akan ambil set Mighthy 3 Gems yang terdiri daripada ESP, Mealshake & Performance Drink. Kalau tak sempat makan nasi, ni adalah pilihan paling pantas & cukup khasiat, In Sha Allah. Disamping itu, saya tambahkan jugak vitamin lain seperti B-Complex, Sustained Release Vitamin C, Vita-Lea & CoQ Health. Kenapa ada tambahan CoQ Health? Sebab saya ada masalah migraine terutama jika perut kosong. Sejak amalkan CoQ Health, alhamdulillah sebab kebarangkalian saya diserang migraine tu sangat rendah. Alhamdulillah, semuanya atas usaha & doa kita, selebihnya kuasa Nya Yang Maha Esa. Disamping usaha, doa perlu seiring. In Sha Allah, dengan adanya supplements ni kita akan kekal bertenaga sehingga waktu berbuka puasa.

Untuk berbuka pula, saya suka amalkan makan kurma dan minum Performance Drink sejuk. Satu teguk pun dah mampu hilangkan dahaga kita. Sejak saya amalkan minum Performance Drink saya hanya minum 1 gelas sahaja air. Alhamdulillah, saya masih segar sehingga ke sahur. Tapi, seeloknya tu perlu la minum air lebih banyak terutama ibu-ibu menyusu.

Ok, ini tips ringkas dari saya. Jika perlukan konsultasi yang lebih dalam pemilihan produk yang sesuai dengan keperluan anda, jangan malu-malu nak hubungi saya. In Sha Allah saya akan bantu :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger