Monday, July 7, 2014

Seronok Masak Sendiri Di Bulan Puasa


Assalamualaikum. Dah 9 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, semoga semuanya berjalan dengan lancar dan penuh bertenaga. Alhamdulillah, syukur kerana saya diberikan kesihatan yang baik oleh Nya dan mampu untuk masak sendiri Ramadhan tahun ini. Satu pencapaian yang bagi saya memuaskan untuk diri saya sendiri. Untuk mereka yang dah biasa masak, tak da apa yang menarik la kan dengan apa yang saya tulis ni. Saya sekadar ingin berkongsi menu-menu simple yang kami sekeluarga sediakan di bulan mulia ini. Masakkan yang sangat simple, sesuai untuk kami yang berkerja. Saya bekerja, pukul 6.00 petang baru sampai rumah. Jadi, apa yang mampu saya masak hanyalah yang simple-simple saja. Seronok sebab kawan-kawan sekerja pun semuanya masak sendiri dan kami berkongsi resepi serta tips-tips berguna. Alhamdulillah, dikelilingi sahabat-sahabat yang baik serta suami yang sangat-sangat banyak membantu. Kalau sorang-sorang masak dan nak handle anak-anak, memang tak mampu la kan.

Menu Hari Pertama: Ikan Temenung Goreng cicah budu, Ikan ketul masak cuka & asam pedas ikan temenung + Timun + Tomato. Cukup masa 1.5 jam sediakan juadah ni.



Menu Hari Kedua: Ayam Percik, daging goreng recycle yang sahur, budu & ikan masin, asam pedas recycle. Asam pedas hanya saya sorang yang makan. mereka yang lain tak layan.


Menu Hari ke berapa pun tak pasti: Ikan Temenung Borek Bakar + Air Asam Kicap, dan Sayur campur. Makin hari makin simple la kan...eheheh


Menu Semalam: Masak Lemak Udang Besar (saya masukkan udang 2 ekor saja sebab size udang yang besar, 3 ekor udang = 500g), dan Ayam Panggang (gambar takda sebab sama ja macam menu lepas)


Minuman kami sekeluarga pasti nya Performance Drink yang sangat super sedap ni. 2 gelas cukup untuk saya dari berbuka sampai ke sahur. Alhamdulillah, bertenaga dan tak dahaga. Berbeza sangat bila saya minum air manis lain. 3-4 gelas pun masih belum mampu nak hilangkan dahaga setelah puasa seharian. Ok, sekian dulu cerita hari ni. Nanti rajin saya sambung lagi :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger