Tuesday, July 22, 2014

Sepatutnya Kembar, Tapi Allah Lebih Mengetahui

Assalamualaikum... dah lama tak bersiaran. Agak sibuk dengan kelas dan hal-hal peribadi yang tak dapat dielakkan semuanya alasan). Sebenarnya kurang mood nak menulis. Idea banyak sangat. Terlalu banyak nak dikongsikan. Disebabkan hari ni dah agak kurang mood nak berkerja, rasa nak menulis membuak-buak pulak.


Alhamdulillah, minggu ni dah genap 5 bulan atau 20 minggu pregnant buah hati yang ketiga. Separuh perjalanan dah dilalui, berbaki lagi separuh perjalanan. Secara official jugak diwarkan secara umum disini. Sebelum ni hanya yang tertentu sahaja yang tahu. Bukan niat nak merahsiakan, tetapi kerana cabaran yang dihadapi pada awal kehamilan kali ni buatkan saya rasa tak yakin nak umumkan. Alhamdulillah walaupun banyak cabaran diawalnya, semuanya membuatkan saya semakin kuat. Kekuatan yang Allah berikan, tak terhitung banyaknya. Tambah pula dengan semangat dan sokongan orang-orang tersayang & sahabat-sahabat yang tak putus-putus bagi kekuatan disaat susah dan senang.

Kenapa saya katakan agak mencabar?

Ok, saya ceritakan satu-persatu. Berita gembira ni diketahui selepas check UPT. Alhamdulillah, sangat-sangat surprise! Keputusan Positive. Tetapi selepas seminggu, macam ada brown spot. Agak panic sebab tak pernah berlaku untuk kehamilan yang lepas. Saya dah mula risau. Takut kalau keguguran. Brown spot berterusan untuk beberapa hari, tapi tak banyak. Dalam sehari, 1-2 kali saja ada brown spot tu. Jadi, untuk kepastian kami ambil keputusan untuk buat scan saja. Waktu buat scan pertama tu dalam 7 minggu. Jadi saya assume dah boleh nampak walaupun hanya kantung. Jumpa doctor dan ceritakan apa yang berlaku. Dia tanya, comfirm positive masa check UPT? Iya, memang confirm! Dalam hati ada terdetik, kenapa doc tanya soalan agak bodoh macam tu. Ni kehamilan ketiga saya, bukan yang pertama. Kalau yang pertama mungkinlah saya tak berapa tau sangat. Ok, tak apa. Saya cakap saya nak scan untuk confirm yang saya pregnant. Doctor pon scan, tapi dia macam kurang serius. Tak nampak katanya. Iya, memang tak nampak. Dia kata memang tak ada apa2. Saya frust. Bukan frust sebab tak pregnant, tapi frust dengan doctor yang kurang serius. Dia tak betul-betul cari kedudukan yang sesuai untuk scan. Tak apa lah, saya redha.

Saya tak puas hati dengan service klinik tu dan doctornya. Brown spot masih ada. Saya redha, kalau betul-betul nak gugur, biar betul-betul confirm. Naluri saya menyatakan yang akan gugur tu sebab badan rasa tak selesa sangat, Rasa sengal-sengal semacam. Dua hari selepas scan yang pertama tu, saya ajak suami jumpa O&G untuk lebih yakin. Kami decide ke KMC. Kali ni saya pilih untuk jumpa Dr. Che Hatikah, O&G perempuan yang baru di KMC. Saya ceritakan apa yang berlaku & saya bagitau yang saya nak confirmkan sama ada memang dah gugur atau macam mana. Kalau gugur, kita buat cara gugur. Saya redha. Doctor pun mulakan scan. Ada ni! Doctor berusahan cari posisi untuk dapatkan denyutan jantungnya. Nampak dak tu jantung dia berdenyut? Saya pun focus betol-betol. Iya, memang ada! totally berbeza dengan doctor yang saya jumpa sebelumnya. Tapi, katanya masih terlalu baru. Bila scan, lagi terkejut bila doctor cakap "eh, macam kembar!" Ya Allah, berdegup laju jantung saya ni. Kelu, surprise, happy, tergamam, semua datang serentak. Suami tergelak besar waktu tu. Tak pernah terlintas dalam kepala kami ni nak dapat twin, tak pernah! Bayangkanlah emosi yang diawal tadi macam sangat frust, tiba-tiba bertukar jadi sesuatu yang sangat istimewa dihati ni. Syukur tak terkata! Tapi, doctor tak bagi harapan sangat. Katanya macam kosong. Tak dapat nak sahkan sama ada itu kembar atau ada ketulan darah sebab masih kecil. Saya pun terlupa terus nak minta doctor capture image tu. Ok saya kongsikan gambar yang saya dapat dari Google keadaan image semasa scan tu.

 Sumber: Google

Keadaan lebih kurang macam dalam gambar, cuma yang bezanya 1 kantung tu hanya hitam. Bermakna hanya ada cecair. Doctor cakap, masih terlalu baru untuk buat keputusan. Kemungkinan yang brown spot saya alami tu adalah dari kantung yang kosong tu. Doctor nak pantau size nya. Jadi dia minta saya datang semula lagi 2 minggu. Doctor bekalkan Duphaston untuk kuatkan rahim. Tapi, ini bukan jaminan untuk 100% kuatkan rahim. Doctor pun tak terlalu yakinkan saya. Saya faham, saya pun dah bersedia untuk apa-apa kemungkinan. Boleh baca info tentang FUNGSI DUSPHASTON DALAM RAWATAN KEGUGURAN DAN KESUBURAN yang pernah saya kongsikan sebelum ni. Emosi saya sedikit reda pada waktu itu. Alhamdulillah. Tapi, apa pun ujian saya dan suami dah bersedia.

Walaupun setiap hari dah makan Dusphaston, keadaan masih sama. Masih ada brown spot, cuma agak berkurangan. Sehari hanya sekali berlaku, dan kadang-kadang selang 1-2 hari. Alhamdulillah, ada perubahan. Selepas 2 minggu, repeat scan lagi. Nampak ada perubahan pada kantung satu lagi tu, dah semakin mengecut. Yang lagi satu, alhamdulillah berkembang ikut masanya. Syukur Ya Allah. Doctor hanya nasihatkan jaga kesihatan, jgn buat kerja-kerja berat dan teruskan ambil Dusphaston.

Brown spot masih berlarutan sampai masuk bulan ke 3 iaitu pada minggu ke 12. Kadang-kadang banyak, kadang-kadang sikit. Tapi, alhamdulillah keadaan baik selepas minggu ke 12. Masuk minggu ke 13, kantung yang kosong totally tak ada. Bermakna bleeding atau brown spot yang saya alami tu memang kantung yang kosong tu. Bila search info, term ni di sebut "Blighted Ovum" membawa maksud kantung kosong, embrio tak membesar seperti yang sepatutnya. Saya redha. Yang penting, kantung satu lagi membesar dengan baik, Alhamdulillah Syukur. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Allah Tahu yang kami masih belum mampu jika dikurniakan kembar. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik. Tahun ni tahun kedua dapat berpuasa penuh. Ni memang rezeki dari Nya. Tak ternilai harganya. Saya mampu berpuasa dengan baik, penuh tenaga, mampu memasak untuk keluarga walaupun bekerja. Alhamdulillah..

Sebelum nak sampai fasa ni, banyak cabaran yang terpaksa dihadapi iaitu suami yang warded disebabkan denggi dan anak-anak soleh solehah yang warded serentak selepas batuk & demam berpanjangan. Alhamdulillah, semua cabaran tu memberi kekuatan yang luar biasa untuk saya. Saya sihat & kekal bertenaga, Alhamdulillah rezeki untuk saya dari Nya Yang Maha Esa.

Bila badan rasa seperti nak selsema atau batuk, terus saya telan Nutriferon, Vitamin C, dan set untuk pregnancy. Alhamdulillah, selalunya tak jadi virus nak menyerang. ehehe..mungkin Allah nak lindungi saya & baby. Okla, rasa macam banyak sangat pulak mengarang.

Jom baca info-info berkaitan pregnancy & vitamin-vitamin yang patut diambil ibu mengandung disini :-

Info Untuk Ibu-Ibu & Bakal-Bakal Ibu Mengandung

InsyaAllah, akan saya kongsikan tentang set Kesuburan di lain masa...stay tune...eheh...
Selamat Menyambut Hari-Hari Terakhir Ramadhan. Semoga kita beroleh sesuatu dipenghujungnya. Sebelum Ramadhan berakhir, saya ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran saya, tidak kiralah secara sengaja atau tidak. Saya juga seperti anda semua, hanya insan biasa yang tak terlepas dari melakukan dosa. Salam sayang untuk semua..

Wallahualam


Penguat semangat saya


LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger