Wednesday, July 2, 2014

Berikan Mereka Pakaian Raya Yang Cantik

"Project Sedekah Baju Raya"

Tiba-tiba dapat idea ni.
Saya hanya ingin bantu mengumpul barang saja ya.

Anda boleh dermakan pakaian-pakaian yang masih elok untuk dipakai, tapi anda dah tak mau pakai, boleh kita sedekahkan kepada mereka yang memerlukan terutamanya nak menjelang raya ni. Masih ramai orang-orang yang kurang kemampuan diluar sana.

Cuma, mohon jangan la bagi pakaian yang "dah tak boleh pakai".
Beza ya yang "dah tak mau pakai" dengan "dah tak boleh pakai".

Kalau yang berkemampuan nak bagi yang baru pun sangat la kita galakkan. berkongsi kegembiraan dengan yang memerlukan. Kalau untuk anak-anak kita, kita dah beli sorang 10 pasang, sudilah kita dermakan 1 pasang untuk kita sedekahkan.

Saya teringat ayat "kami rasa macam orang kaya pakai baju ni" bila ni disampai oleh mereka yang terima baju-baju terpakai yang org sedekahkan. sebelum ni mereka tak mampu nak pakai baju cantik2. kita yang ada, bagi la sikit kepada yang memerlukan 



Kalau nak bagi duit pun boleh. In Sha Allah, kami akan cuba sampaikan.

Pengumpulan barang hanya untuk yang tinggal berdekatan saya saja ya. Sumbangan anda didahului dengan ucapan Terima Kasih :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger