Thursday, June 12, 2014

Tips Menanam Pokok Herba

Assalamualaikum. Salam Jumaat penghulu hari. Alhamdulillah harini 13 Jun, Independant Distributor Shaklee yang layak dah dapst ganjaran bonus bulan lepas. Alhamdulillah atas nikmatNya. Zakat dan infaq kita letakkan di tingkat teratas ya..semoga rezeki diberkati..aamiin.

Ok, berbalik kepada topik harini tentang Tips menanam pokok herba, topiknya seakan ditulis oleh yang pakar. ehehe..sekadar penyedap rasa. Bukanlah tips sangat, sekadar berkongsi cerita saya yang baru mula proses tanam menanam pokok herba ni. Tanam pun serba satu pokok saja, sekadar suka-suka nak mencuba benda baru. Mula menanam ni sejak beberapa bulan yang lalu, bermula dengan pokok sawi jepun. Ni pun kesnya bila dapat info banyak sayur-sayuran kita ni dicemari bahan kimia yang datangnya dari baja dan racun. Risau memikirkan makan banyak sangat benda-benda tak elok ni.

Sewaktu mula menanam ni cuaca agak panas, dalam bulan Februari 2014. Langsung tak hujan selama berbulan-bulan jugak. Tapi berbekal semangat yang ada saya teruskan jugak menanam dan siram pokok setiap hari. Agak lambat jugak pokok nak naik. Maklumlah, tanah memang kering kontang walaupun setiap hari disiram air. Selepas seminggu nampak la sikit tunas sawi tu. Hati riang tak terkata. ehehe.. Anak yang sulung pun happy bukan main. Dia pun tolong menyiram jugak.

Dalam masa nak tunggu pokok sawi membesar, ada jugak saya cuba tanam serai, halia, kunyit, dan tomato. Ni pun tanam masa musim kering. Serai, halia & kunyit ni saya beli dari Tesco ja. Masa beli tu memang pilih yang ada tunas untuk halia & kunyit. Serai tu lebihan yang saya beli untuk memasak, saya rendam dalam air sampai tumbuh akar. Kunyit & halia pun rendam dalam air sampai ada akar. Lepas dah ada akar, saya terus tanam ja kat tepi-tepi batas sawi tu. Lepas seminggu, serai kering. Tunas halia & kunyit tak nampak rupa langsung. Saya pasrah. Iya la, musim kering kan. Pokok pun tak mampu survive. Ops, terlupa. Tomato saya tanam dari biji tomato lebihan memasak. Macam mana cara tanam? Tanam saja biji-biji tu dalam tanah. Itu saja. Saya takda skill pun. Main hentam saja. Sama macam pokok-pokok halia & kunyit, tomato pun tak nampak rupa. Takpa la kan. Saya pun suka-suka saja tanam. Suami tengok keadaan daun serai yang kering tu, dia suruh saya cabut. Katanya kesian tengok. Dah tak larat nak hidup. Saya katakan, biar saja. Saya masih nampak ada pucuk hijau ditengah-tengah daun kering tu masih bernyawa...ehehe..

 batas yang comel memang elok untuk permulaan :)
tunas pertama yang muncul selepas seminggu tanam

hasil selepas 2 minggu. botol tu sistem siraman automatik la kononnya..ehehe..
idea mak tersayang yang kretif.

anak teruna manis yang sangat seronok tengok pokok sawinya dah besar

Gambar-gambar ni kejadian ketika cuaca panas berpanjangan. Batas nampak cantik ja kan, takda rumput-rumput tumbuh disekeliling pokok yang ditanam. Tetapi, bila musim hujan dah tiba, rumput-rumput tumbuh dengan jayanya tanpa perlu ditanam pun..huhuhu...semakin hijau la keadaan di kebun kecil kami ni. Apa pun alhamdulillah dengan nikmat hujan yang menyejukkan dan menyuburkan bumi ni. Dah tak perlu lagi nak siram pokok. Cuma, kerja-kerja buang rumput la pulak perlu buat. Tengah-tengah mencabut rumput, tiba-tiba terpandang satu pokok yang saya kenal rupanya. Ya Allah, tu pokok tomato. Hidup jugak dia akhirnya. Seronok nya tak terkata. Dah tinggi dah pokoknya, lebih kurang 10cm. Hati tambah berbunga riang bila nampak tunas halia pun dah muncul. Serai pun dah nampak menghijau, walaupun hanya 1 pokok. Alhamdulillah, nikmat hujan yang menyuburkan bumi.

Beberapa bulan jugaklah saya tak ada masa nak menjenguk kebun comel ni sampai la rumput-rumput pun dah sama tinggi dengan pokok herba yang ditanam. Semalam balik kerja, akibat hujan lebat, pokok tomato dah tumbang. Pokoknya tinggi. Saya pulak tak letak kayu untuk sokong. Jadi, semalam amik masa sikit tengok-tengok apa yang patut kat kebun kecil. Bahagia sungguh rasa bila tengok pokok-pokok yang ditanam tanpa dibelai tu tumbuh subur dan membuahkan hasil. Patutlah orang kita selalu sebut, berbudi pada tanah, tak pernah rugi. Jom kita tengok pokok-pokok dikebun kecil kami ni.





LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger