Thursday, June 12, 2014

Kawal Masalah Asma Kanak-Kanak

Assalamualaikum. 

Harini saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya dalam mengawal masalah asma terutamanya kanak-kanak. Saya bukanlah seorang doktor atau pakar perubatan, saya hanyalah ibu biasa yang punya rasa risau, resah apabila anak sulung saya Khilfi Umar Mohd Fakhrul Hisyam, 4 tahun di diagnose ada mild asthma. Walaupun hanya mild, tetap meresahkan hati ibu ni. Suami saya sendiri ada asthma. Alhamdulillah, dalam keadaan terkawal sejak kami sekeluarga amalkan vitamin tambahan Shaklee. 

Khilfi Umar di diagnose kan ada mild asthma sejak umur 2 tahun. Selepas kami masukkan dia ke Taska, dia kerap selsema, demam, batuk. Bagi ibubapa lain mungkin rasa keadaan ini normal apabila anak-anak kecil dihantar ke taska yang sememangnya mereka perlu berkongsi sakit demam. Pada awalnya kami rasa biasa. Tapi, lama-kelamaan kami rasa bukan biasa la apabila dia selang seminggu ke dua minggu akan batuk-batuk dan selsema. Hidungnya tu sentiasa ja berhingus. Sememangnya meresahkan kami. Saya bagi Khilfi Umar Mealshake, Chewable Vitamin C 100mg pada awalnya. Keadaan baik pada awalnya, tapi masih lagi dia batuk berulang-ulang kali. 

Kami bawa dia berjumpa Pakar Pediatric di KMC, Dr. Sharifah Khatijah. Doktor buat check up dan diagnose sebagai mild asthma. Doktor nyatakan yang selalunya mild asthma akan sembuh sendiri. Untuk rawatan awal, doktor bagi beberapa jenis ubat sebagai kawalan dan juga dibekalkan AeroChamber berserta inhaler Ventolin. Aerochamber ni digunakan untuk kanak-kanak bawah 6 tahun yang tak mampu nak sedut sendiri inhaler.  

 Aerochamber

 Kanak-kanak menggunakan inhaler bersama AeroChamber

Alhamdulillah, keadaannya terkawal selepas setiap hari puff dengan inhaler Ventolin. Kemudian, saya cuba berikan dia Omega Guard Shaklee. Seperti sebelumnya, keadaannya terkawal. Tapi, selepas beberapa minggu batuknya menyerang kembali. Kami bawa jumpa Paed sekali lagi. Doktor ada tanya, apa yang saya bagi pada Khilfi Umar. Saya bagitau yang saya beri dia Omega Guard. Doktor minta saya hentikan buat sementara waktu. Saya akur dengan nasihat doktor. Tapi, keadaan tak berubah. Jadi, bukan Omega Guard penyebab keadaannya teruk. Selepas itu, saya cuba la google mengenai rawatan asma kanak-kanak. Alhamdulillah, ada terbaca satu perkongsian tentang khasiat susu kambing. Kebetulan waktu tu ada seorang kakak ni, kak Aznor Hannah ada berkongsi di FB yang anak-anaknya minum susu kambing fresh brand ABf. 



Saya terus minta dia tolong belikan untuk saya. Syukur sangat, selepas beberapa hari Khilfi Umar minum susu kambing, nampak perbezaan bila batuknya makin reda. Alhamdulillah, akhirnya saya temui penawar yang serasi dengannya. Sejak dari hari tu, kami akan bagi dia minum susu kambing fresh at least seminggu sekali. Memang nampak perubahan yang jelas. Kami beritahu Doktor tentang susu kambing ni, dan doktor nasihatkan untuk teruskan pengambilannya. Bagi yang nak dapatkan susu kambing segar, paling mudah kami beli di Tesco, brand Nuby. Harganya RM4.90 sebotol 200ml. Disamping itu, kami masih teruskan beri dia mealshake, chewable vitamin c & omega guard Shaklee. Alhamdulillah, keadaan dia makin baik dan terkawal. Inhaler pun tak perlu ambil setiap hari seperti sebelumnya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger