Friday, June 20, 2014

Jimat Masak Sendiri Di Bulan Puasa

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Seperti yang diketahui umum, kita umat Islam sedang menghitung hari untuk bertemu Ramadhan 1435Hijrah. Ramadhan 2014 berapa hari lagi? Ramadhan 1435Hijrah pada tahun 2014 ni dijangka jatuh pada 29 Jun 2014, In Sha Allah lagi 7 hari atau seminggu. Wah, dah tak lama dah. Ramai yang ternanti-nantikannya. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ni memberi keberkatan buat kita semua, bertambah amal ibadah, bertambah kuat rohani & jasmani, bertambah jugak rezeki untuk kita semua, In Sha Allah.


Jadi, apa persiapan kita nak menghadapi Ramadhan yang dinanti-nantikan ni? Kalau masih ada yang tercari-cari tips persediaan atau persiapan menghadapi Ramadhan, boleh tengok di Persediaan Bertemu Ramadhan. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita yang masih blur tentang apa yang perlu dipersiapkan. Sedekah jangan dilupa jugak ya dalam Bulan Untuk Beramal ni.


Ok, kembali kepada tajuk yang nak diceritakan harini iaitu Jimat Masak Sendiri Di Bulan Puasa Ramadhan. Ramai yang pening kepala memikirkan menu-menu serta resepi untuk berbuka dan bersahur kan? Iya lah, waktu bersahur tu selalunya kita tak lalu nak makan sangat, awal pagi katakan..ehehe.. ok, bagi saya dan keluarga, kami memilih menu yang ringkas dan mudah dimasak dan boleh dipanaskan berulang-ulang kali. Contohnya, Daging goreng kering yang ditambah bawang merah, ikan talang masam dan sambal hitam ikan bilis yang saya order saja di facebook Sambal Hitam Lipis.

Bagi yang nak kelainan dan berminat dengan masakan Arab, bolehlah cuba Pes Nasi Arab Arabian. Saya dah pun cuba masak untuk 1/2kg. Sedap, enak & sangat-sangat berbaloi dengan harganya. Al-maklumlah kan, kalau kita pekena nasi arab kat kedai, tau saja harganya. Dengan 1/2kg, dapatlah portion untuk 4 orang dewasa makan. Kalau isi rumah kita ramai, bolehlah guna yang 1kg. Pes ni disertakan dengan beras nya. Jadi, kita tak perlu serabut dan buang masa nak cari beras yang bersesuaian. Cara masaknya ada dinyatakan pada paketnya. Cukup mudah. Saya perlukan hanya 1jam untuk masak nasi & lauk. 1jam ni termasuk tempoh penyediaan bahan-bahan & rendam beras selama 1/2jam. Berbaloi & sangat pantas. Cubalah!
 Pes nasi arab yang dipanaskan dlm rice cooker


Siap dihidangkan. kurang satu, tak ada sup. next time boleh try lagi
Ayam bakar & sambal tu guna resepi sendiri saja.


Bagi yang berminat dengan Western Food pulak, saya dah cuba Chicken Chop Instant sejuk beku dari Masuja Frozen Chicken Chop. Yang berminat nak dapatkannya, boleh hubungi tokeynya Yusmiza Yusoff.


Untuk yang nak order Shaklee sempena Ramadhan ni masih belum terlambat ya. Cepat-cepat!
Yang nak cantik sempena raya ni, cepat-cepat grab peluang beli Vita-E Complex pada harga promosi!






LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger