Wednesday, June 4, 2014

Bulan Untuk Beramal

Assalamualaikum..kita sekarang dibulan Syaaban. Tak lama lagi dah nak bertemu bulan Ramadhan yang sangat dinanti-nantikan. Jadi, apa yang dah kita buat persediaan sempena nak menghadapi Ramadhan ni? Bagi yang masih tercari-cari tips persediaan menghadapi Ramadhan, bolehlah baca Persediaan Bertemu Ramadhan ni. Semoga boleh memberi kita tatacara yang lebih tersusun untuk membuat persediaan seawal yang mungkin. Semoga kita tak kelam-kabut bila dah sampai bulan yang dinanti-nantikan itu.



Bulan ni saja ka kita perlu beramal? Kita sebagai makhluk Allah memang diciptakan untuk beramal, tak kira la bulan apa sekali pun. Tapi dalam bulan-bulan tertentu, amalan kita dihitung berlipat kali ganda. Alhamdulillah, peluang sentiasa terbuka untuk kita berbuat kebaikkan, cuma kita saja yang selalu sia-siakan, termasuklah diri saya yang kerdil ini. Sebenarnya saya nak bagi info sikit pasal bersedekah ni. Sentiasa kita dengar tentang sedekah dan fadhilatnya kan? Tapi berapa ramai antara kita yang suka buat? Alasan kita, kita belum cukup kaya untuk bersedekah. Malulah nak sedekah sikit-sikit. Nanti orang cakap kedekut pulak. Itu lah alasan-alasan yang sering kita gunakan untuk elak diri dari bersedekah. Sedekah ni perkara sunnah. Jadi, takda pun berapa banyak nilai yang diletakkan. Barang apa yang perlu disedekahkan, tidak ada tatacara yang khusus, asalkan hati kita ikhlas untuk memberi. Berbuat baik sesama makhluk pun dah dikira bersedekah. Senyum pun jugak dikira bersedekah. Tapi, kalau senyum di tabung masjid tu takda lah dikira bersedekah..ehehe..


Ok, dah banyak pulak merapu. Straight to the point saja la kan lebih senang. Jika anda tak tahu kemana nak salurkan sedekah-sedekah atau derma anda, saya cadangkan satu tempat untuk kita menderma. Our Touch, salah satu Non-Profit Organization yang banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti sukarela dalam membantu mereka yang memerlukan. Sempena Syaaban ni, Our Touch sedang mengumpul derma untuk disalurkan kepada yang memerlukan bagi kegunaan di bulan Ramadhan & Syawal nanti. Anda bolehlah like Facebook Our Touch untuk mengikuti update terkini aktiviti-aktiviti yang dijalankan dari masa ke semasa. Saya sebenarnya sangat kagum dengan usaha sis Anis Yohana Khalid yang merupakan admin di Our Touch. Semoga usaha murni sis Anis Yohana Khalid dan team beroleh keberkatan dan dipermudahkan segala urusan oleh Yang Maha Esa.

Tak ketinggalan, boleh jugak ikuti usaha murni sis Husna yang juga gemar membantu dalam usaha mencari dana dan menyampaikan derma kepada yang memerlukan di sekitar Utara. Silalah add mereka yang baik hati ni dan ikuti update, supaya kita sama-sama yang ada sedikit ni boleh membantu ramai yang sangat-sangat memerlukan keperihatinan kita. Semoga jasa baik mereka dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda, semakin bertambah-tambah rezeki mereka untuk dikongsikan bersama yang memerlukan.

Ingatlah, tak akan pernah jatuh muflis bagi orang-orang yang bersedekah :)







LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger