Sunday, May 25, 2014

Rawatan Demam Denggi Dengan Shaklee

 Rawatan Demam Denggi Dengan Shaklee

Demam denggi dah jadi demam yang sangat popular sekarang ni. Ada saja dengar kes demam denggi disana-sini. 2 minggu lepas, ibu mertua dimasukkan ke wad akibat demam denggi. Sehari selepas ibu mertua admit wad, suami pulak yang kena. Seminggu sebelumnya dia rasa lemah-lemah badan. Pada sebelah malam selepas melawat ibu mertua, suami rasa letih sangat dan tiba-tiba demam agak tinggi iaitu 39°c. Malam tu memang tak dapat tidur la dia. Menggigil kesejukan walaupun suhu badan tinggi.

Keesokkan harinya dia dah tak mampu nak tahan sakit dan demam. Terus kami ke Kedah Medical Centre. Kami nyatakan pada doctor bertugas, yang ibu mertua kena denggi. Dengan segera pihak hospital ambil sample darah suami. Lebih kurang sejam, dapat keputusan darah. Positif denggi. Terus la kena admit ward. Lepas di drip, nampak kuat la sikit. Sebelum tu dia tak lalu nak makan dan minum.

Demam denggi ni akan menyebabkan platelet count dalam darah kita merosot. Keadaan ini agak membahayakan jika tak dikawal. Purata platelet dalam darah kita adalah 150 000-450 000 uL.

Semasa di wad, hanya air dan vitamin yang dibekalkan untuk pesakit. Tiada rawatan khusus untuk denggi. Pesakit hanya perlukan air yang cukup untuk menaikkan platelet dalam darah. Selain itu, sup ketam, air daun betik, air tembikai, air isotonik juga elok untuk menaikkan platelet.

Saya berikan suami minum Performance Drink Shaklee. Performance Drink Shaklee adalah minuman isotonik yang mampu mengekalkan hidrasi dalam badan. Saya memilih Performance Drink Shaklee kerana ianya kurang manis, tak seperti air isotonik lain yang ada dipasaran. Alhamdulillah, suami nampak segar walaupun agak letih. Selain itu, saya berikan suami makan nutriferon bagi membantu badannya melawan demam, vitamin B Complex bagi memberikannya tenaga. Vitamin-vitamin lain pun saya teruskan seperti biasa, iaitu Omega Guard, Sustained Release Vitamin C dan Vitalea.

4 hari kami berkampung di dalam wad. Selepas 6 hari, suami masih rasa letih dan kurang selera makan. Jadi saya terus bagi suami makan vitamin dan Performance Drink supaya cukup khasiat yang diperolehi badannya walaupun dia kurang makan.

Hari ke 7, kami ke hospital semula untuk follow up dan cek sample darah. Alhamdulillah, platelet darah naik semula, dalam keadaan normal. Tiada rawatan yang diberikan, hanya perlu minum air yang cukup dan vitamin untuk kekal bertenaga. Alhamdulillah, keadaan suami beransur baik.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil, iaitu menjaga persekitaran rumah supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk. Demam denggi tiada ubat atau vaksin untuk pencegahan.

Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut.

-sekadar gambar hiasan-








LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger