Friday, May 16, 2014

Kenapa Pilih Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite Shaklee ??


Assalamualaikum..
Masih ingatkah cerita saya tentang seorang sahabat saya yang telah mencuba guna Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite beberapa bulan yang lalu?? Boleh recall semula alkisahnya.

Alhamdulillah, beliau amat berpuas hati dengan kesan produk tersebut pada kulitnya. Saya sebagai pengguna tegar memang sangat mengenyorkan kepada sesiapa saja yang nak cuba produk hebat ni. Menariknya, minggu lepas ada seorang rakan saya pm di facebook dan bertanyakan tentang produk ni selepas dia tengok wajah sahabat saya ni nampak shining saja. Katanya, dia sendiri tanya pada empunya badan, apa rahsianya. Sahabat saya bagitau yang dia hanya gunakan Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite yang dibelinya dari saya. Melihat kesan yang mengujakan, dia pun nak try jugak. Saya pun bagitau harga produk. Dia tanpa teragak-agak terus order. Alhamdulillah, dia dah pun guna dan berpuas hati. Semoga produk ni mampu memberi manfaat kepadanya.

Saya ada jugak baca review pengguna lain yang ada menyatakan kualiti produk setanding produk mahal seperti SK11. Saya no comment sebab saya tak pernah guna produk mahal-mahal. Tapi, sejak saya invest duit utk beli produk dari rangkaian Nutriwhite, saya tak kan cuba produk lain dah! Sangat puas hati. Setanding harganya. Alah membeli, menang memakai sebab mampu tahan sehingga 6 bulan dan mungkin lebih untuk yang jarang-jarang nak manjakan kulit macam saya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger