Thursday, May 29, 2014

Kek, Roti, Puding Yang Sedap

Kek, Roti, Puding Yang Sedap.

Harini lari tajuk sikit. Bukan apa, tengah-tengah duk scroll down kat facebook tadi ternampak kak Siti Fatimah upload gambar best pulak. Adooi. Dah la perut tengah berkeroncong. Terus la komen nak order, penghantaran malam ni.Tengok la gambar tu, coklat yang meleleh-leleh yang bikin air liur pun turut nak meleleh jugak. ohoooi.. kena pulak dia deko dengan buah stroberi tu, memang kena sangat la dengan selera anak bujang saya Khilfi Umar yang sangat suka stoberi.


Sebenarnya, dua hari lepas baru ja order Puding buah dari Kak Siti Fatimah. Tu pun kes dia upload kat facebook la. Haaa, tengok la. Memang pemasaran guna facebook ni sangat mudah. Senang-senang dapat customer kan. Itu namanya rezeki. Kat mana pun ada rezeki tu. Yang penting kita rajin usaha, doa, dan meminta-minta dari Pemberi Rezeki. Banyak pulak mengomen. Apa pun, kepada yang berdekatan area Jitra, Kedah kot teringin ni boleh la hubungi Kak Siti Fatimah kat facebook nya ya. Semoga Kak Siti Fatimah terus maju dalam bisness nya..Aamiin.


Order Shaklee masih diteruskan seperti biasa ya. Ni hanya selingan untuk melayan perut yang tengah lapar. Untuk pengetahuan semua, promo Mealshake masih ada sehingga esok ya. Jadi, yang nak beli dengan harga promo kena cepat-cepat ya. Simpan stok untuk berpuasa ni. Puasa dah tak lama dah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger