Thursday, May 22, 2014

Cadangan Vitamin Tambahan Bagi Ibu Mengandung

Assalamualaikum..

Ok, harini saya nak buat kesimpulan bagi post mengenai Multivitamin Untuk Ibu Hamil / Mengandung yang mana infonya saya copy dari penulisan Dr. Zubaidi. Disini saya akan membuat Cadangan Vitamin Tambahan Bagi Ibu Hamil / Mengandung berdasarkan info Dr. Zubaidi ya. Ini juga saya nyatakan berdasarkan pengalaman sendiri mengamalkannya sejak mengandungkan anak yang kedua, 2 tahun yang lepas.

Vitamin tambahan penting yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil adalah zat besi, asid folic, kalsium & omega-3. Disini saya hanya beri penerangan secara ringkas supaya kita dapat info yang pantas.

Zat besi penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Dos yang dicadangkan untuk ibu-ibu hamil adalah 27mg. Fomula zat besi ada didalam Vita-Lea Iron Formula. Kandungan Zat Besi didalam Vita-Lea Iron Formula pula 18mg. Untuk dapatkan jumlah zat besi yang cukup bagi ibu-ibu hamil, disyorkan untuk ambil 2 biji Vita-Lea sehari. Boleh baca info lanjut tentang Vita-Lea Iron Formula untuk mengetahui khasiat-khasiat-khasiat lain yang ada didalamnya.

1 biji Vita-Lea = 18mg iron

2 biji Vita-Lea - 36mg iron

Asid Folic sangat penting dalam perkembangan fizikal dan saraf bayi. Dos yang dicadangkan untuk ibu-ibu hamil adalah 1000mcg sehari. Asid Folic boleh didapati didalam B Complex & Vita-Lea Iron Formula. Kandungan Asid Folic didalam B Complex adalah 200mcg & didalam Vita-Lea Iron Formula juga 200mcg. Jika tadi kita dah ambil 2 biji Vita-Lea Iron Formula sehari, kita dah dapat 200mcg x 2 = 400mcg asid folic sehari. Jadi, kita masih perlukan lagi 600mcg asid folic untuk lengkapkan 1000mcg pengambilan dalam sehari. Untuk dapatkan 600mcg asid folic, saya cadangkan 3 biji pengambilan B Complex sehari. Jadi, pengambilan 2 biji Vita-Lea & 3 biji B Complex sehari sudah mampu melengkapkan 1000mcg asid folic yang diperlukan oleh badan kita. Boleh baca info lanjut mengenai B Complex untuk mengetahui khasiat-khasiatnya yang pelbagai.

 1 biji Vita-Lea = 200mcg Acid Folic
2 biji Vita-Lea = 400mcg Acid Folic

1 biji B Complex = 200mcg Acid Folic
3 biji B Complex = 600mcg Acid Folic 

2 biji Vita-Lea + 3 biji B Complex = 1000mcg Acid Folic
 

Kalsium sangat penting dalam pembentukkan tulang dah pertumbuhan gigi. Dos yang diperlukan adalah 1000mg sehari. Kalsium boleh diperolehi dalam Ostematrix dan kandungan kalsium didalamnya adalah 250mg. Jadi, 4 biji Ostematrix diperlukan dalam sehari jika ibu hamil tidak minum sebarang jenis susu atau makanan berkalsium tinggi.

1 biji Ostematrix = 250mg Calsium

4 biji Ostematrix = 1000mg Calsium

Omega-3 diperlukan dalam perkembangan otak, pembentukan sistem saraf serta menjamin penglihatan yang baik bagi bayi. Dos yang dicadangkan adalah 200-300mg sehari. Omega-3 boleh didapati dalam Omega Guard Shaklee, kandungannya 330mg. Jadi, memadai pengambilan 1 biji sehari.

 1 biji Omega Guard = 330mg Omega-3 Fatty Acid





 Jadi, anda boleh buat pilihan yang bijak untuk memilih vitamin tambahan yang bersesuaian dan berkualiti untuk mendapat hasil yang diimpikan. Setiap ibu ingin beri yang terbaik untuk anak yang dikandung. Jadi, buatlah pilihan yang bijak.

Masih ragu-ragu? Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan khidmat nasihat sebelum anda memilih untuk membeli mana-mana produk yang anda minat. In Sha Allah, saya akan cuba beri pandangan yang terbaik mengikut pengalaman sendiri.



 

LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger