Thursday, March 6, 2014

Pencuci Muka Nutriwhite Semulajadi

Assalamualaikum. Semalam ada saya ceritakan sedikit secara ringkas tentang rangkaian kecantikkan kulit Nutriwhite. Alhamdulillah, dah 6 bulan saya sendiri menggunakannya. Sangat berpuas hati walaupun harganya agak tinggi, berbaloi-baloi kerana boleh tahan selama 6-7 bulan. Sebelum ni saya tak pernah ambil kisah pun dengan produk apa yang saya gunakan untuk kulit. Kadang-kadang tu malas jugak nak tempek-tempek ke muka..hehehe. Tapi, apabila umur dah menginjak ke 30-an, dah boleh nampak kulit dah semakin kusam tak bermaya. Sebelum ni saya hanya guna produk kecantikkan yang biasa ada dijual dipasaraya saja. Memandangkan produk-produk biasa ni harga pun biasa-biasa saja, mestilah bahan yang digunakan pun biasa-biasa jugak. Bahan kimia dalam tu tak perlu la kita cerita kan, dah semestinya macam-macam bahan kimia digunakan. Kalau nak cerita pasal kajian, dah tentu tak ada kajian yang dijalankan ke atas produk yang biasa-biasa ni.

Sebelum saya ambil keputusan nak beli produk Nutriwhite, saya baca dulu bahan-bahan yang digunakan di dalamnya. Ok, ni bahan-bahan yang digunakan dalam rangkaian produk Nutriwhite.



Gabungan 16 ramuan botani yang mujarab:
  • Bearberry - meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan
  • Soybean - mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok
  • Skullcap - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
  • Beech Tree - meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
  • Strawberry Begonia -mencerahkan dan pigmentasi
  • Mullberry - mencegah kerosakan kulit dan melembap
  • Peony - mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan
  • Rosemary - mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan
  • Aloe Vera - melegakan, melembapkan dan keradangan
  • Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones
  • Cat's Claw - menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin
  • Kudzu Leaf & Roots - menegang dan mengurangkan keradangan
  • Linden - menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalam
  • Marshmallow - melembapkan dengan tanin
  • Seaweed - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan
  • Green Algae - menyahtoksin dan melembapkan
  


Sekilas Info mengenai Nutriwhite Shaklee

  • Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika
  • 3 tahun pembangunan produk
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah yang diperolehi dari 16 buah negara
  • Ujian yang menyeluruh
  • Ramuan gabungan yang optimum
  • Selamat dan berkesan
  • Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti 
  • Patent-pending WhiteN-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya
 Produk yang hebat ni bukan dibangunkan dalam masa yang singkat ya, 3 tahun ya pembangunan produknya. Kenapa sampai 3 tahun? Lamanya. Iya, Shaklee memang sangat mementingkan kualiti dalam setiap produknya. Bahan-bahan yang digunakan dalam produk Shaklee jugak adalah dari sumber semulajadi. Produk ni jugak dibangunkan oleh Saintis, bukannya dari pengilang-pengilang biasa.

Dinyatakan jugak yang produk ini ada Patent-pending WhiteN-16. Apa yang dimaksudkan dengan Patent-Pending? Patent-Pending adalah istilah yang digunakan bagi sesuatu hasil ciptaan yang telah difailkan secara formal dan dalam peringkat menunggu hasil sekiranya paten dipersetujui. Itu apa yang saya sendiri faham. Secara ringkas, apabila produk dimasukkan ke dalam Patent-Pending, pengilang-pengilang lain tidak boleh sewenang-wenangnya meniru produk ini. Peniru akan disaman jika meniru produk yang dalam senarai Patent-Pending ni. Jadi, sangat susah untuk ada versi "cetak rompak" atau versi "tiruan". Jadi, kita tak akan rasa ragu-ragu dengan kualitinya.
Pertama kali saya menggunakan produk Nutriwhite ni, saya mulakan dengan Gentle Deep Foam Cleansing, lebih mudah disebut pencuci muka la. Saya ni memang jenis malas ambil kisah bab muka. Jadi, kena mula dengan pencuci muka dulu. Perasaannya? Wow! Itu yang boleh saya nyatakan..ehehe..memang best. Terasa lembut sangat pada kulit muka. Guna sedikit saja. Sebab tu tahan lama. Lepas urut-urut muka, bilas dengan air bersih. Wah! Kulit rasa lembut sangat. Rasa hilang segala kotoran pada muka. Terus dalam kepala pikir nak bagi kawan-kawan cuba jugak. Saya pun beli botol-botol kecil untuk buat trial pack. Bukan untuk dijual, hanya untuk bagi kawan-kawan cuba. 
 
Sorang kawan saya ni kulit mukanya tengah alergik. Kesian saya tengok, sampai merah mukanya. Katanya dah beberapa hari tak dapat cuci muka dengan pencuci sebab bila kena pencuci muka yang berunsur sabun, rasa perit dan pedih. Saya pun bagi dia try pencuci Nutriwhite. Keesokkan harinya dia jumpa saya dan terus order. Katanya dia guna Nutriwhite langsung tak rasa pedih. Alhamdulillah, seronok saya dengar. Bukan seronok sebab dia order, tapi sebab dapat tolong dia selesaikan masalahnya. Alhamdulillah. Ni kisahnya ada saya cerita secara ringkas selepas kejadian.
Kenapa dia tak rasa pedih? Sebab bahan yang digunakan bukan dari bahan kimia. Semuanya semulajadi. Jadi, selamat untuk semua jenis kulit. Nutriwhite tak ada unsur pengelupasan. Jadi tak perlu risau pasal perubahan kulit yang ketara. Tak seperti sesetengah produk kecantikkan yang mana kita perlu melalui pengelupasan kulit. Produk seperti tu bahaya ya. Jangan pandang remeh. Dengan Nutriwhite, kita akan dapat warna asal kulit. Maknanya, ia tak menjanjikan kulit muka kita lebih putih berbanding kulit tangan kita ya. ehehehe..
Eh, panjang pulak cerita saya. Tu baru pengenalan pasal Gentle Deep Foam Cleansing ya. Nanti saya sambung pulak cerita pasal rangkaian produk Nutriwhite yang lain yang dah saya guna. Alhamdulillah, saya akan stay dengan produk ni. Tak pilih yang lain dah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger