Monday, February 24, 2014

Shaklee Tak Berkesan?? Kenapa??

 Shaklee Tak Berkesan?? Kenapa??

Perlu konsisten sekurang-kurangnya untuk tempoh 90-120 hari

"Kak, kulit mak saya masih kering la. Akak dengar cerita minum ESP boleh cepat setel masalah ni. Takde apa-apa pon?"
"Kak, saya dah makan berbotol-botol, tapi tak kurus pun"
"Kak, saya makan dh hmpir 2 mnggu kenapa tak nampak apa perubahaan kat kulit saya"



Tak dinafikan memang ada customer yg ada very high expectation pada setiap produk yang mereka cuba. Memang ramai juga yangg nak nampak kesan seawal 2 hari pengambilan vitamin. Tapi tahukah anda bahawa vitamin memerlukan masa untuk bertindakbalas dan berfungsi secara optimum pada badan seseorang.

Selalunya saya akan nasihat kepada pelanggan saya dengan fakta ini;

Pengambilan Vitamin perlu konsisten sekurang-kurangnya dalam tempoh 90-120hari.

Kenapa???

Sel hidup antara 90-120 hari, maka dalam tempoh itu disarankan apa jua suplemen yang diambil, ambil dengan istiqamah untuk mendapatkan kesan yang diingini. Ini kerana tempoh 90-120hari merupakan tempoh tempoh penggantian sel, yang mana sel lama yg telah mati akan digantikan dengan sel baru yang lebih sihat (kesan ambil vitamin)

Bagi mengoptimumkan kadar serapan vitamin yang diambil, anda boleh mulakan:

1) Program DETOX ~program detox dilakukan bagi proses pembersihan organ dalaman tubuh terutamanya usus,
2) Ambil PROTEIN (ESP/Mealshake) bagi menghasilkan sel-sel baru tubuh yg sihat, di samping memperbaiki sel-sel lama
3) Pengambilan vitamin dan mineral secara konsisten.

Jadi anda harus sabar jika belum mendapatkan hasil serta merta. Berikan masa kepada sel anda untuk menyerap zat-zat vitamin iaitu dalam tempoh 90-120 hari.

Hasil Tulisan: Tg. Farah Asyikin


LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger