Wednesday, January 22, 2014

TIPS KULIT MUKA LICIN BERSERI.

TIPS KULIT MUKA LICIN BERSERI.
credit : adaa-inspiration.com
terima kasih Sityaiza

1) Susu Tepung Putihkan Wajah
************************
… Ambil setengah cawan susu tepung dan campurkan dgn 2 setengah sudu teh air bersih dan sebiji vitamin E Shaklee. Gaul sehingga sebati. Pupurkan ke muka selama 5 – 10 minit. Kemudian bilas dgn air bersih. Amalkan dgn 2 – 3 kali seminggu. InsyaAllah wajah akan nampak lebih putih dan bersih.

2) Licinkan Kulit Wajah
******************
Ambil putih telur dan campurkan dgn sedikit madu (utk kulit biasa) @ limau nipis (utk kulit berminyak) beserta sebiji Vitamin E Shaklee. Celupkan tisu ke dlm campuran putih telur tadi dan letakkan seluruh muka selama 15 – 20 minit. Tunggu sehingga kering dan tarik tisu tersebut. ‘Whitehead’ dan bintik hitam akan tertanggal bersama. Lakukan 2 kali seminggu utk kesan yg memuaskan.

3) Menghilangkan Parut Jerawat
************************
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk dan ditambah dengan sebiji vitamin E Shaklee. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

4) Kulit Muka Licin Berseri
********************
Ambil satu sudu besar Yogurt (perisa natural) kemudian tambahkan sebiji Vitamin E Shaklee, kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering..


LinkWithin

Related Posts Plugin for Blogger